Skip to main content

Badminton

Dua perseorangan kebangsaan sahut kata dua BAM

dddd

Isu disiplin Leong Jun Hao tidak perlu diperjelaskan lagi, malah teguran secara terbuka sudah dibuat Pengerusi Jawatankuasa Prestasi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Lee Chong Wei, bulan lalu.

Keadaan sama juga melibatkan Justin Hoh yang tampak terlalu sukar untuk menyerlah sejak enam bulan lalu hingga membawa kepada perbincangan hati ke hati.

Apa yang melegakan ketua jurulatih perseorangan negara, Kenneth Johansson, teguran dari Chong Wei dan perbincangannya bersama dua pemain ini membawa kepada perubahan positif.

Justin yang ketika ini berjuang dalam Terbuka Taiwan dan mara ke suku akhir ketiga berturut-turutnya, sekali gus membuktikan dia mahu berubah.

Jika situasi ini berterusan, Malaysia masih mampu menaruh keajaiban dalam perseorangan Kejohanan Dunia, pertengahan bulan depan dan keyakinan itu disuarakan sendiri oleh Jonassen.

"Andai ingin mencapai puncak di dunia, mereka perlu lalui perkara ini.

"Pemain perlu matang dan akur untuk melalui perubahan dalaman ini memandangkan mereka yang akan beraksi.

"Secara keseluruhannya, saya percaya kita berada dalam keadaan yang baik pada masa hadapan kerana terdapat tanda-tanda positif.

"Saya percaya mereka boleh beraksi di tahap yang tinggi apabila mereka mengawal emosi, kekal cergas dan mempunyai perancangan permainan yang baik," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Related Topics

Must Watch Video