Skip to main content

Advertisement

Olahraga

Dua pelari negara menang pingat emas

Umar

Kem olahraga kebangsaan cemerlang apabila mengumpul 10 pingat dalam Kejohanan Olahraga Terbuka Singapura yang berlangsung sejak 15 April lalu di Stadium Nasional, Kallang.

Dengan catatan 47.14 saat (s), Umar Osman mudah menyumbang pingat emas dalam acara 400 meter (m), sekali gus membuktikan bahawa dirinya merupakan sandaran terbaik bagi pelari kategori tersebut.

Advertisement

Umar juga membantu kuartet 4x400m lelaki negara meraih pingat perak keseluruhan.

Dalam masa sama, Shereen Samson Vallabouy turut mengumpul kejayaan menerusi acara sama tatkala meraih podium tertinggi dengan catatan masa 54.24s menewaskan pencabar terdekat dari Indonesia, Mergina Asyerem.

Turut mencuri tumpuan adalah jaguh lompat jauh lelaki Malaysia, Andre Anura Anuar, yang melakukan lompatan sejauh 7.48m untuk berada di tempat kedua.

Senarai penuh pemenang Malaysia di Singapura:

Must Watch Video