Skip to main content

Bola Sepak

(Drama) Piala Dunia 2026: Akhirnya! FIFA mula siasatan besar terhadap kesalahan berganda Argentina

AFA

Desakan peminat membuahkan hasil?

Selepas 10 hari Sepanyol merangkul kejuaraan Piala Dunia 2026 menewaskan Argentina 1-0, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mula membuka kertas siasatan terhadap naib juara itu termasuk pihak Persatuan Bolasepak Argentina (AFA) atas beberapa kesalahan.

Paling jelas, kontroversi beberapa pemain mengangkat sepanduk berunsur provokasi tentang isu Kepulauan Falkland usai tamat perlawanan separuh akhir bertemu England.

"Las Malvinas Son Argentinas," tulisan kain rentang tersebut. Dan, ia membawa maksud 'Malvinas milik Argentina'.

Isu Kepulauan Falkland, atau Malvinas dalam bahasa Sepanyol, kekal menjadi pertikaian antara Argentina dan Britain sejak sekian lama.

Juara edisi 2022 itu pernah didenda oleh FIFA selepas memaparkan sepanduk dengan slogan sama susulan perlawanan persahabatan menentang Slovenia pada 2014.

Satu lagi kekecohan berlaku melibatkan pergaduhan bintang Argentina, Leandro Paredes, atas penolakan Gavi dan perang mulut dengan pertahanan Sepanyol, Eric Garcia, usai wisel penamat final itu dibunyikan.

Kedua-dua wakil pasukan berbalas tolakan dan terpaksa dipisahkan secara fizikal, dengan jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, cuba menenangkan para pemainnya.

Ketegangan memuncak selepas Sepanyol meraih gelaran Piala Dunia kedua mereka selepas 2010 hasil jaringan kemenangan oleh Ferran Torres. Argentina yang terpaksa bermain dengan 10 pemain akibat Enzo Fernandez yang dibuang padang kerana kad kuning kedua merencatkan momentum pasukan.

Menurut sumber, Paredes bakal dikenakan tiga pertuduhan kerana kelakuan kasar, sementara pemain lain berdepan satu pertuduhan.

AFA juga tidak terlepas menerima nasib malang apabila para penyokong pasukan nombor dua dunia didakwa bertindak tidak profesional dengan gagal mematuhi peraturan dengan kelakuan tidak baik. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video