Oman berjaya melangkah ke separuh akhir Kejohanan Piala Teluk Arab ke-27 dalam keadaan luar biasa selepas mereka dipilih mengatasi Iraq menerusi undian.
Kemenangan 3-1 Oman ke atas Kuwait menyebabkan Oman dan Iraq terikat dengan empat mata dalam kumpulan mereka; memandangkan rekod kedua-dua pasukan adalah sama, undian terpaksa dilakukan untuk menentukan siapa yang menduduki tempat kedua dan mara ke kelompok empat pasukan terakhir.
Pihak penganjur menyatakan bahawa undian tersebut merupakan penentu terakhir selepas mereka menggunakan "kriteria pemilihan yang ditetapkan dalam peraturan".
Kriteria tersebut merangkumi keputusan pertemuan sesama sendiri, perbezaan gol, jumlah jaringan, dan mata kad disiplin, dengan Oman dan Iraq terikat seri semuanya sehingga terpaksa menggunakan kaedah terakhir.
ALORS LÀ C’EST INÉDIT DE CHEZ INÉDIT (à lire calmement pour comprendre 😁) 😭👇
Avec ce but, OMAN 🇴🇲 SE QUALIFIAIT DIRECTEMENT pour les demi-finales de la Coupe du Golfe en passant devant l’Irak 🇮🇶 GRÂCE AU FAIR-PLAY. (égalité parfaite sinon entre les deux pays sur 3 matches).…— Actu Foot (@ActuFoot_) September 29, 2026
Semuanya disebabkan Musab Al-Shaqsy yang dilayangkan kad kuning kerana membuka jersi semasa meraikan jaringan. Jika tidak pastinya Oman tidak perlu bersusah payah mara ke peringkat seterusnya.
Gol tersebut sepatutnya menghantar mereka walaupun sudah menyamai kelebihan mata dan jaringan dengan Iraq kerana kelebihan disiplin. Namun, kad kuning merugikan situasi semasa Oman dengan kini perlu ditentukan dengan cara paling jarang berlaku.
Ini bermakna kedua-dua negara turut mempunyai rekod disiplin yang sama.
Situasi itu memaksa undian dilakukan di hadapan wakil pihak berkuasa dan penganjur dan akhirnya, Oman tetap diberikan rezeki berjaya mara ke separuh akhir.