Skip to main content

Bola Sepak

Dr Fatin Nurfatehah tandakan kepulangan dengan pingat perak Piala Dunia

dr fatin

Tiga tahun menyepi tanpa sebarang kejohanan demi memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pengajian PhD dalam jurusan sains sukan, Dr Fatin Nurfatehah Mat Salleh kembali daripada waktu rehat panjang dengan kejayaan menaiki podium.

Kejayaan meraih pingat perak dalam acara compound Piala Dunia Memanah Peringkat Ke-4 di Madrid menjadi satu amaran awal bahawa dia tidak akan berhenti setakat itu.

Meskipun perjalanan ke pentas final di Madrid itu tidak mudah, semangat tinggi yang dibawa dalam kemunculan semula ini menyaksikan Dr Fatin Nurfatehah mencetuskan gerun buat setiap lawannya.

"Perjalanan saya tidak begitu mudah kerana berdepan Hong Kong dalam perlawanan pertama dan Alhamdulillah berjaya," katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

"Perlawanan kedua lebih sukar kerana saya bertemu ranking kelapan dunia.

"Saya baru dapat kembali tahun ini kerana tahun lalu, saya menyelesaikan PhD saya, jadi tahun ini saya dapat fokus sepenuhnya."

 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video