Skip to main content

Bola Sepak

Dosa lama punca pemain dibuang skuad kebangsaan seumur hidup

Boucher

Madagascar telah membatalkan niat untuk memanggil bekas penjaga gol skuad bawah 21 tahun (B-21) Perancis, Zacharie Boucher, untuk membuat penampilan sulung bagi pasukan itu dalam perlawanan kelayakan Piala Negara-negara Afrika (AFCON) bulan ini.

Keputusan itu dibuat selepas kenyataan lamanya mengenai kemungkinan bermain untuk negara tersebut muncul semula dan mencetuskan kemarahan ramai pihak.

Persekutuan Bolasepak Madagascar (MFF) membuat keputusan menggugurkannya dua hari selepas menyenaraikan pemain berusia 34 tahun dari kelab Ligue 1, Troyes, itu ke dalam skuad bagi aksi menentang Nigeria pada esok dan Tanzania pada Selasa depan.

Tindakan itu diambil susulan kritikan daripada peminat dan beberapa bekas pemain antarabangsa terhadap kenyataan yang dibuatnya dalam satu temu bual lama.

"Susulan mesyuarat yang diadakan dalam persekutuan, jurulatih (Corentin Martins dari Perancis) telah dimaklumkan mengenai kenyataan awam yang dikaitkan dengan Zacharie Boucher dalam satu temu bual beberapa tahun lalu, pada masa dia belum mengetahui tentang kelayakannya untuk mewakili pasukan kebangsaan Madagascar," menurut kenyataan persekutuan itu.

"Selepas perbincangan antara pelbagai pihak, keputusan telah dibuat untuk tidak memilih pemain tersebut bagi kem latihan akan datang," tambah kenyataan itu.

Boucher berasal dari pulau Reunion milik Perancis yang terletak berhampiran, namun Boucher juga mempunyai darah keturunan Madagascar. Selepas memulakan kerjaya di Le Havre dan bermain untuk Toulouse, AJ Auxerre serta Bastia, penjaga gol itu menjadi tonggak simpanan bagi Troyes pada musim lalu ketika kelab itu berjaya dinaikkan ke Ligue 1.

Pada tahun 2018, apabila Madagascar pertama kali layak ke AFCON, timbul spekulasi bahawa Boucher akan dipujuk untuk bermain bagi pasukan itu, walaupun pernah mewakili Perancis di peringkat umur remaja.

Namun, apabila ditanya mengenai perkara itu, dia berkata: "Saya orang Perancis, saya tidak pernah menjadi orang Madagascar. Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh timbul. Bagi saya, tiada apa-apa pun mengenainya.

"Jika jurulatih memanggil saya, jawapannya ialah 'tidak'. Tambahan pula, daripada segi pentadbiran, saya tidak boleh melakukannya. Saya bukan orang Madagascar. Jersi pasukan kebangsaan Perancis penting bagi saya.

"Saya tidak akan memakai jersi lain selain jersi itu." "Saya orang Perancis, berbangga menjadi orang Perancis, dan saya tidak berniat untuk beraksi dalam AFCON bagi mana-mana pihak."

MFF dalam masa sama berkemungkinan besar akan mengharamkan Boucher seumur hidup menyarung jersi kebangsaan Boucher. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement