Dodgeball bukan sekadar permainan baling dan mengelak bola. Ia memerlukan kepantasan, strategi, ketahanan mental dan kerja berpasukan.
Penyertaan ADC Korea 2026 menjadi platform penting untuk atlet mendapatkan pendedahan antarabangsa sebagai persediaan menuju Piala Dunia Dodgeball 2027.
Namun, untuk membawa pasukan ke pentas antarabangsa, ia bukan percuma. Kos yang diperlukan hampir RM200,000 — melibatkan persiapan, perjalanan, penginapan, penyertaan dan keperluan pasukan.
Angka itu besar, tetapi impian untuk mengangkat nama Malaysia juga memerlukan pengorbanan.
Dodgeball perlukan perhatian.
Atlet perlukan sokongan.
Dan pembangunan sukan ini perlukan dana.
Jangan tunggu mereka mencipta nama di pentas dunia, baru kita mahu memberi perhatian.
Hampir RM200,000 diperlukan — demi sebuah impian Malaysia di pentas dunia.