Skip to main content

Angkat Berat

Doa buat atlet angkat berat negara Hafizuddin Roslin

hafiuzuddin
Advertisement

Majlis Sukan Negeri Perlis dalam satu kenyataan sebentar tadi memaklumkan bahawa atlet angkat berat negara, Hafizuddin Roslin, mengalami satu kemalangan jalan raya.

Hafizuddin dilaporkan mengalami kemalangan itu ketika menunggang motosikal dalam perjalanan dari Ampang menuju ke Bukit Jalil melalui Lebuhraya SUKE.

Advertisement

Dalam kejadian itu, dia dipercayai terbabas dan hasil pemeriksaan perubatan mendapati dia mengalami kecederaan patah tulang tangan kanan serta komplikasi serius apabila salur darah pada bahagian itu tidak lagi berfungsi. dia turut mengalami kecederaan kecil pada bahagian kepala.

Susulan keadaan itu, tindakan segera telah diambil oleh pihak perubatan dan dia diberikan keutamaan untuk menjalani pembedahan pada hari ini.

Advertisement

Ketika ini, Muhammad Hafizuddin sedang ditidurkan bagi membolehkan pihak perubatan meneruskan rawatan intensif. Keadaan kecederaan tangan kanannya amat serius sehingga pihak perubatan sedang mempertimbangkan tindakan pembedahan pada hari ini.

Marilah kita bersama-sama menadah tangan dan menitipkan doa agar segala urusan pembedahan dipermudahkan, diberikan kekuatan kepada Hafizuddin serta dikurniakan kesembuhan dan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini.

"Angkat Berat","Hafizuddin Roslin","Majlis Sukan Negeri Perlis"
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video