Skip to main content

Bola Sepak

Diskriminasi! Jurulatih dipecat serta merta akibat kenyataan menyakitkan

SOCCER-USA-HIGUAIN:Soccer-Crew sack Higuain after accusation of sexism towards referee

Kelab Major League Soccer (MLS), Columbus Crew, memecat jurulatih pasukan kedua, Federico Higuain, susulan dakwaan kenyataan berbaur diskriminasi terhadap seorang pengadil wanita.

"Jangan lupa, ini adalah sukan untuk lelaki," katanya yang menyinggung perasaan menurut Persatuan Pengadil Bolasepak Profesional (PSRA).

Higuain, adik kepada bekas pemain antarabangsa Argentina, Gonzalo Higuain, telah diarahkan keluar padang dan dikenakan penggantungan dua perlawanan susulan pertelingkahan dalam satu perlawanan pada 23 Ogos.

"Kami memutuskan bahawa adalah demi kepentingan kelab, khidmat Federico Higuain ditamatkan.

"Selepas perbincangan minggu ini dan penilaian lanjut sepanjang bulan lalu, piawaian kelab kami mengenai apa yang diharapkan daripada seorang pemimpin pasukan tidak dipenuhi," kata kelab dalam satu kenyataan.

Insiden itu berlaku semasa perlawanan dalam MLS NEXT Pro, liga pembangunan yang bergabung dengan MLS.

Tanpa menyebut namanya, persatuan pengadil menyatakan seorang ketua jurulatih lelaki telah memicit tangan seorang pegawai wanita dan enggan melepaskannya walaupun diminta berbuat demikian, sebelum mengeluarkan kenyataan berbaur kontroversi itu.
 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement