Pertahanan Harimau Malaya, Dion Cools, beraksi cemerlang ketika membantu kelabnya, Cerezo Osaka, menewaskan pasukan gergasi Jerman, Borussia Dortmund, dalam aksi jelajah pramusim di Yanmar Stadium Nagai kelmarin.
Cools beraksi cemerlang sepanjang 65 minit sebelum digantikan dengan Travis Takahashi.
Dalam perlawanan itu, gol tunggal Solomon Sakuragawa seawal minit kelapan sudah cukup untuk memastikan kemenangan 1-0 tuan rumah untuk mengejutkan Dortmund dalam aksi pertama jelajah pramusim mereka di Jepun.
Menariknya, selepas kekalahan itu, Dortmund mengirimkan satu video media sosial ucapan Dion Cools mengenai perlawanan itu, khusus untuk peminat mereka di Malaysia.
Meninjau ke ruangan komen, beberapa peminat meminta Dortmund untuk menandatangani pertahanan berusia 30 tahun itu.
Ia bukanlah sesuatu yang mustahil kerana berdasarkan rekod, Cools pernah menganggotai beberapa kelab Eropah, antaranya Club Brugge (Belgium), Midtjylland (Denmark) dan Jablonec (Czechia).
Dia juga pernah bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) sewaktu bersama Club Brugge dan Midtjylland.
Video: