Skip to main content

Badminton

Dia percaya saya, saya perlu buat yang terbaik -- Man Wei Chong

as

Beregu lelaki sensasi negara, Man Wei Chong, berazam melakar sejarah bersama pasangan baharunya, Soh Wooi Yik, yang juga merupakan individu yang disanjungi kerana mempunyai kredibiliti tinggi.

Wei Chong juga percaya Wooi Yik -yang pernah menjuarai Kejohanan Dunia 2022 bersama Aaron Chia- merupakan antara pemain beregu lelaki terbaik dunia ketika ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengumumkan rombakan kem beregu lelaki negara melibatkan Wooi Yik yang akan digandingkan dengan Wei Chong bagi menghadapi saingan Terbuka Jepun yang akan bermula daripada 14 hingga 19 Julai depan.

Pemain berusia 26 tahun itu yang sudah menandatangani kontrak baharu Program Road To Gold (RTG), mengakui dia telah mula menjalani latihan di gelanggang hari ini selepas dibelenggu tiga kecederaan lutut kanan sebelum ini.

"Memang kerana dia (Wooi Yik) merupakan salah seorang pemain beregu terbaik di Malaysia dan luar, keputusan ini peluang buat saya.

"Dia percaya akan saya, jadi saya perlu buat yang terbaik buat dia. Paling penting adalah pemulihan kecederaan saya. Saya mahu berikan yang terbaik." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Mexico 26 Home Pre Match Jersey Men Green JY5485

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

LEGO Editions Sports 43020 FIFA World Cup Official Trophy (2842 Pieces)

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

adidas Football DFB GERMANY METAL BOTTLE Unisex White KF4127

Must Watch Video