Skip to main content

Bola Sepak

Dia pemain yang istimewa -- Guardiola puji semangat juang Omar Marmoush

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

omar

Pengendali Manchester City, Pep Guardiola, melihat figura Omar Marmoush sebagai penyerang berbanding pemain sayap selain melabelkan pemain berusia 26 tahun itu sebagai 'istimewa'.

Pemain kelahiran Mesir itu mempamerkan aksi berkualiti selepas menjaringkan gol pembukaan buat The Netizens seawal minit keenam sebelum Antoine Semenyo menggandakan kedudukan untuk menewaskan Wolves 2-0 di Stadium Etihad, awal pagi tadi.

"Musim lalu apabila dia tiba, dia pamer aksi luar biasa selama dua atau tiga bulan. Tanpanya, mustahil untuk mara ke Liga Juara-Juara atau ke perlawanan akhir Piala FA.

Advertisement

 

 

 

 

"Dia seorang pemain yang istimewa, tidak tua, tidak muda tetapi dia mempunyai ruang untuk diperbaiki dan semangat untuk menjaringkan gol dengan dinamik dalam setiap lariannya, ia sangat bagus.

"Saya melihatnya dia sebagai penyerang daripada pemain sayap yang sebenar tetapi dia seorang yang suka melakukan transisi." katanya.

Setakat ini, Marmoush telah merekodkan lapan gol dan satu bantuan jaringan buat City dalam semua kejohanan selepas melakukan 26 penampilan.

Must Watch Video