Skip to main content

Badminton

Dia luar biasa, lebih matang dan berbeza -- Low Zi Yu permata baharu badminton negara

dd
Advertisement

Beregu wanita remaja negara, Low Zi Yu-Genevie Lim, menjadi bualan hangat selepas melakar sejarah dengan menamatkan penantian 34 tahun untuk menjadi beregu wanita pertama Malaysia menjuarai Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2026 di Kaherah, Mesir baru-baru ini.

Lebih manis, Genevie berjaya melakukannya dalam percubaan pertama di Kaherah, Mesir.

Advertisement

Usaha mereka kini adalah untuk melakukan transisi sempurna ke peringkat senior pada usia 16 tahun ketika ini, selain mengintai slot ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

"Saya rasa tekanan itu terus hilang, ketika itu Jepun sudah kejar banyak mata buatkan saya tertekan kerana akan dapat perak, tetapi naib menyebelahi untuk dapat emas.

Advertisement

"Saya rasa kemampuan gandingan kami ini belum ke tahap senior lagi, mungkin boleh lawan tetapi jika menang belum cukup, perlu berlatih lagi.," kata Zi Yu.

"Ini pencapaian terbaik saya dalam debut pertama, terima kasih gandingan saya banyak membantu dalam gelanggang." tambah Genevie.

Sementara itu, jurulatih beregu wanita remaja negara, Amelia Anscelly, beranggapan Low Zi Yu sebagai permata negara yang perlu dipelihara sebaiknya.

Sebelum ini, dua pingat perak diraih Zi Yu selepas berganding bersama Dania Sofea pada tahun 2024 dan juga Noraqilah Maisarah pada 2025.

Kini, sekali lagi Zi Yu menonjolkan kematangan untuk berjaya raih emas di percubaan ketiga.

Bagi Amelia, perlu adanya transisi yang baik buat Zi Yu untuk ke skuad senior dengan harapan prestasi semasa di skuad remaja dapat diteruskan.

"Dia pemain yang luar biasa, kami perlu jaga dia. Saya tidak boleh katakan lebih, keputusan sudah tunjukkan.

"Dia sangat berbeza, kefahaman dia lebih cepat dan matang. Fizikal juga lebih sesuai untuk tahap ini." tambah jurulatihnya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Related Topics

Must Watch Video