Skip to main content

Sukan Lain

'Dia hadiahkan pingat, kenapa kami mahu tamatkan kontraknya?'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Ong

"Tiada tempat boleh menggantikan kredibiliti Joe Tay.

Demikian penjelasan Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Dr. Ong Shin Ruenn, berhubung hasrat Joe Tay yang enggan menyambung kontraknya sebagai jurulatih kem boling pekak negara.

Advertisement

Jelasnya, satu pertemuan akan diadakan bersama jurulatih tersebut untuk terus mendapatkan khidmatnya dalam membantu pasukan boling pekak negara pada masa akan datang.

Ketika ini, Ong Shin Ruenn menegaskan tiada calon lain mampu menggantikan kewibawaan yang ditampilkan Joe dalam memastikan prestasi atlit berada pada tahap terbaik.

Kualiti Joe Tay tidak boleh disangkal lagi, buktinya pencapaian luar biasa jurulatih tersebut apabila atlit boling menyapu bersih gelaran Olahragawan dan Olahragawati pada Anugerah Sukan Pekak Negara (ASPN) 2025.

"Sebenarnya kami sudah memohon Setiausaha Agung MSDeaf akan berjumpa dengan Joe untuk perbincangan daripada 'hati ke hati' tentang apa yang dimahukan.

"Kami belum menamatkan kontraknya lagi. Dia masih bergelar jurulatih boling negara.

"Dia berjaya membawa pulang pingat, jadi kenapa kami ingin memberhentikan dia?" katanya di Nadi Arena. 

Must Watch Video