Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Dr Shahril Mokhtar, terbuka mengenai pemain tengah Selangor, Alex Agyarkwa, untuk menjadi pemain naturalisasi negara.
Pemain kelahiran Ghana itu menyatakan minatnya untuk bermain bersama Harimau Malaya dan jika diberi peluang -- mengikut rekod -- Alex sudah pun beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M) sejak 2021 lagi.
Advertisement
Mengikut peraturan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Alex sudah memenuhi syarat untuk beraksi buat pasukan negara jika diperlukan.
"Ketika kami merekrutnya beberapa tahun lalu, sememangnya untuk projek jangka masa panjang. Ketika itu umur dia berusia 20 tahun.
"Sekiranya perlu dan sesuai -- dia seorang pemain yang bagus -- kami akan pergi ke arah itu.
"Cuma dia harus diberikan peluang untuk bermain.
"Dia bukan yang terbaik tapi antara yang terbaik," katanya.