Skip to main content

Berbasikal

'Di sebalik setiap kejayaan, ada pengorbanan yang tidak terlihat' -- Isteri Azizulhasni kisah perjalanan karier The Pocket Rocketman

'Di sebalik setiap kejayaan, ada pengorbanan yang tidak terlihat' -- Isteri Azizulhasni kisah perjalanan karier The Pocket Rocketman

Di sebalik setiap kejayaan seorang atlet, ada cerita pengorbanan yang jarang sekali berada di bawah sorotan.

Ketika Datuk Mohd Azizulhasni Awang berjuang membawa nama Malaysia di pentas dunia, isterinya menjadi individu yang sentiasa berdiri di belakang setiap impian dan perjuangan jaguh berbasikal trek negara itu.

Menerusi perkongsian sempena Hari Merdeka, isteri Azizulhasni, Datin Athiah Ilyana Abd Samat, meluahkan sisi kehidupan mereka yang selama ini tidak pernah mendapat perhatian umum.

Menurutnya, menjadi isteri kepada seorang atlet yang meletakkan impian untuk Malaysia bukan sekadar menyaksikan kejayaan dari jauh, tetapi turut memikul tanggungjawab keluarga sepanjang suaminya mengejar impian tersebut.

“Menjadi isteri Azizul bermakna berdiri di belakang impian dan kecintaannya kepada Malaysia, menyokongnya dalam setiap langkah, sambil memikul tanggungjawab keluarga dengan cara yang tidak pernah terlihat di pentas utama.

“Kami menyokong impiannya. Kami memahami amanah yang dipikulnya. Kami meraikan setiap kejayaan seolah-olah ia adalah kejayaan kami sendiri,” katanya.

Namun, dia menegaskan perkongsian itu bukan untuk meraih simpati.

Sebaliknya, Athiah hanya mahu masyarakat memahami bahawa di sebalik setiap pencapaian besar seorang atlet, terdapat pengorbanan yang mungkin tidak pernah diketahui umum.

“Saya tidak berkongsi perkara ini untuk mendapatkan simpati. Saya cuma berharap orang ramai tahu bahawa di sebalik setiap kejayaan, ada pengorbanan yang tidak terlihat,” katanya.

Sepanjang karier Azizulhasni, keluarga menjadi antara tonggak penting yang memberikan kekuatan ketika dia melalui fasa sukar mahupun saat mengecapi kejayaan.

Ketika nama Azizulhasni bergema di pentas Olimpik dan kejohanan dunia, banyak pengorbanan keluarga pula berlaku jauh daripada kamera dan sorakan penonton.

Namun, bagi keluarganya, segala pengorbanan itu mempunyai satu tujuan yang sama -- Malaysia.

“Dan melalui semua ini, kami akan sentiasa berkata: ini semua untuk Malaysia yang kami cintai,” katanya.

Perkongsian tersebut turut disampaikan bersempena sambutan Hari Kebangsaan, ketika Azizulhasni sendiri menerima berita bahawa Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) bersedia meneruskan sokongan terhadap perjuangannya memburu tiket ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).

Buat Azizulhasni, perjuangan itu mungkin berlaku di atas trek.

Namun, di belakangnya ada keluarga yang turut berjuang dalam diam.

Selamat Hari Merdeka.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video

Advertisement