Skip to main content
ligasuper

Jom Undi Gol Terbaik Liga Super Sekarang!

Bola Sepak

Di manakah semua pemain Korea dalam kelab amatur di Malaysia?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Seoul

Kelab dari Korea Selatan tetapi tiada lagi pemain Korea Selatan.

Seoul Phoenix meneruskan saingan Liga A1 Semi-Pro tanpa sebarang tonggak daripada negara itu apabila timdul dakwaan ke semua pemain Korea Selatan telah ditamatkan kontrak dan pulang ke negara asal.

Advertisement

Dalam perlawanan terdahulu, kelab tersebut menggunakan 100 peratus (%) pemain tempatan menghadapi Perlis Guar Syed Alwi (GSA) dan mencatatkan kekalahan 0-8 pada penghujung minggu lalu.

Satu Instagram story oleh ejen bola sepak, Leo Jeong, meninggalkan dakwaan terhadap situasi yang melanda kelab liga amatur di Malaysia itu.

“la pasukan Korea, tetapi tiada seorang pun pemain Korea!

“Dan selepas dua kekalahan 8-0 berturut-turut, nampaknya semua pemain Korea telah ditamatkan kontrak mereka dan kembali ke Korea.

"Adakah pihak pengurusan dan barisan kejurulatihan memulakan pasukan ini untuk tujuan memalukan ini," katanya.

Sebelum ini, Seoul Phoenix juga gagal menghadirkan diri, sekali gus memberi kemenangan percuma buat Universiti Malaya (UM)-Damansara United.

Sehingga kini, Seoul Phoenix belum memuat naik sebarang kenyataan berhubung perkara ini. 

Liga Bolasepak Amatur (AFL) juga belum memberikan pandangan.

Must Watch Video