"Bola itu bulat, apa-apa boleh berlaku.
Itulah perumpamaan yang tepat merujuk kepada karier kejurulatihan Abdul Musawir Abdul Gany yang kini menabur bakti bersama Persatuan Bolasepak Malawi (FAM).
Advertisement
Musawir menjadi pengendali pertama dari Malaysia terpilih menyertai Kejurulatihan Bakat FIFA di bawah program skim pembangunan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Untuk rekod, Musawir berusia 39 tahun, lahir di Pulau Pinang dan merupakan bekas pemain Johor FA bagi saingan Piala Belia dan Piala Presiden, selain memperkuat Johor pada Sukan Malaysia (Sukma) edisi 2006.
"Saya amat bersyukur dapat mewakili negara dan Asia.
Abdul Musawir Abdul Gany menjadi jurulatih pertama dari Malaysia terpilih untuk menyertai Jurulatih Bakat FIFA di bawah program Skim Pembangunan Bakat FIFA.
Musawir sudah memulakan tugasannya di Malawi.
@ASTROARENA pic.twitter.com/n8nVSaVJlY— karlnunis (@_karlnunis) February 17, 2026
"Saya adalah jurulatih pertama Asia berada dalam program ini.
"Saya juga membawa nama Malaysia dalam platform global.
"Saya di sini harus menjalankan tanggungjawab yang diberikan oleh FIFA dan Arsene Wenger.
"Ini satu peluang yang mencabar dan sangat menarik.
"Kami melihat potensi serta bakat pemain akar umbi menerusi program pembangunan ini.
"Di Malawi ada 28 negeri. Saya percaya pengalaman antarabangsa merupakan satu ilmu pada masa akan datang," katanya di Nadi Arena.