Dua atlet negara, perenang, Muhammad Dhuha Zulfikry dan penerjun, Lee Yiat Qing dapat suntikan motivasi terbaik apabila dianugerahkan biasiswa di bawah Program Biasiswa Akuatik Dunia 2026 / 2027.
Program Biasiswa Akuatik Dunia ini ditubuhkan untuk memberi bantuan teknikal dan kewangan buat atlet berpotensi dan berbakat demi pembangunan karier lebih berkesan mereka.
Dhuha terpilih untuk program Biasiswa Akuatik Dunia Renang di Bahrain Centre of Exellence.
Dia akan berlepas 5 Oktober ini untuk turun menjalani latihan bersama perenang-perenang berprestasi tinggi dari serata dunia.
Untuk rekod, Dhuha merupakan pemenang enam pingat emas Sukan Malaysia, SUKMA 2024 selain pemegang rekod kebangsaan 1500 meter -- selepas dia memadam rekod 35 tahun Jeffery Ong di Piala Dunia Renang, Shanghai, dua tahun lalu.
Sementara Yiat Qing pula ditawarkan ke Program Terjun Akuatik Dunia.
Apa yang penting, program ini bertujuan untuk mengenal pasti dan mempersiapkan atlet menuju Kejohanan Akuatik Dunia di Budapest 2027 dan juga Sukan Olimpik Loas Angeles 2028.