Skip to main content

Berbasikal

Detik cemas tak halang juara lima kali Tour de France juarai peringkat keenam Vuelta

ddd
Advertisement

Bangkit daripada detik cemas terkeluar dari laluan perlumbaan, Tadej Pogacar, boleh menarik nafas lega apabila kini memimpin kedudukan keseluruhan Perlumbaan berbasikal Vuelta a Espana selepas pecutan akhirnya membolehkan beliau muncul selaku juara peringkat keenam.

Bintang Slovenia itu merekodkan kemenangan ketiganya dengan menewaskan pelumba Movistar, Enric Mas yang banyak menguji ketahanannya terutama ketika tiba di Castellon de la Plana. 

Advertisement

Pogacar dipintas pencabar utamanya dari Sepanyol itu di puncak pendakian terakhir dan sempat berdepan detik cemas apabila terkeluar dari laluan semasa menuruni bukit terakhir.

Bagaimanapun pelumba UAE Team Emirates XRG itu memperkemas kayuhannya pada baki 10 kilometer terakhir dan berjaya menamatkan perlumbaan sejauh 177.5 kilometer yang bermula dari Alcossebre itu selaku terpantas.

Advertisement

Apa yang penting, kejayaan ini membolehkan Pogacar yang diletak selaku pelumba pilihan mendahului Mas dengan kelebihan 3 minit 34 saat dalam senarai kedudukan keseluruhan.

Pogacar yang juga juara Tour de France sebanyak lima kali memasang impian untuk melengkapkan pencapaian 'Grand Slam' Grand Tour dengan memenangi Vuelta, selepas turut memenangi Giro d’Italia pada 2024.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video