Skip to main content

Bola Sepak

Destiny Eagles sasar kemenangan dalam Piala Gothia di Sweden

SKF

Skuad bawah 16 tahun (B-16), Destiny Eagles, muncul sebagai johan Meet the World with SKF, Kejohanan Malaysia 2026, sekali gus meraih peluang tajaaan untuk mewakili negara bagi menyertai Piala Gothia 2026 di Gothenburg, Sweden pada Julai ini.

Bermain dalam keadaan panas melampau dan persaingan sengit, pasukan berkenaan berjaya meraih kemenangan dan mendapat tempat dalam kejohanan bola sepak remaja terbesar dan paling berprestij, yang menghimpunkan lebih daripada 40,000 pemain dari 80 negara.

Advertisement

Kejohanan ini adalah sebahagian daripada inisiatif Meet the World SKF Group, satu program sosial yang berfungsi sebagai prakejohanan rasmi Piala Gothia di Malaysia. Inisiatif berkenaan melambangkan komitmen sekian lama SKF terhadap pembangunan remaja yang memberikan peluang kepada pasukan muda Malaysia menyertai Piala Gothia sejak 2008. Duta Sweden ke Malaysia, TYT Niklas Wiberg, menyampaikan trofi dan pingat kepada pasukan yang menang dalam kejohanan itu. Beliau turut menyertai pemain di padang untuk perlawanan persahabatan, sekali gus mengetengahkan peranan sukan dalam memupuk hubungan pelbagai budaya.

“SKF berbangga untuk menjadi penaja utama Piala Gothia, lantaran ia menggambarkan nilai kerja berpasukan, tanggungjawab dan peluang yang saksama,” kata Vignesh Nathan, Pengarah Urusan SKF Malaysia. “Bukan sekadar pertandingan, ia turut menyediakan platfom yang bermakna untuk pemain muda ini belajar, berhubung dan berkembang merentasi pelbagai budaya.”

Kejohanan berkenaan dianjurkan oleh SKF Malaysia, manakala Pusat Pembangunan Bola Sepak Destiny (DFDC) dilantik sebagai rakan teknikal dengan kepakarannya dalam pembangunan bola sepak, tadbir urus teknikal dan penglibatan akar umbi. Meet the World with SKF Kejohanan Malaysia 2026 menghimpunkan lima pasukan bola sepak bawah 16 tahun yang berasaskan komuniti dengan menyediakan peluang yang saksama kepada pemain muda daripada pelbagai latar belakang untuk menyertai platfom di peringkat akar umbi yang dianjurkan secara profesional.

Kapten Destiny Eagles FC, Gautham Raj, 16, menzahirkan keterujaannya untuk perlawanan akan datang, “Saya benar-benar gembira kerana kami dapat membuktikan diri kami; kami akan bermain di Sweden, dan ini merupakan peluang besar untuk mewakili Malaysia.” Ketua jurulatih Walid Mohamed Saber Younis, 31, menambah, “Kelayakan mereka untuk berada di Sweden adalah hasil konsistensi dan komitmen sepenuhnya selama setahun.”

Mengenai kejohanan Meet the World, Muhammad Izzmann, 16, daripada pasukan Putra Perwira, berkata, “Saya mula bermain bola sepak pada usia tujuh tahun, dan saya amat bersyukur atas kesempatan ini. Berpeluang untuk menyaksikan pemain lain berkomunikasi, bermain dan mempamerkan gaya mereka sendiri memberi inspirasi kepada saya untuk terus belajar dan membuat penambahbaikan.”

Meet the World with SKF terus memperkasa laluan untuk remaja Malaysia mencapai peluang dalam bidang sukan antarabangsa, sekali gus mengukuhkan keyakinan bahawa bola sepak bukan sekadar pertandingan— lantaran ia turut menyaksikan perkembangan peribadi menjangkaui sesebuah kejohanan.

 

Topik Berkaitan

Must Watch Video