Skip to main content

Renang

'Demi keadilan atlet saya' -- Imaan Aiman buat laporan polis, apa sebenarnya berlaku?

'Demi keadilan atlet saya' -- Imaan Aiman buat laporan polis, apa sebenarnya berlaku?

Sesuatu yang masih menjadi tanda tanya berlaku dalam kem skuad para renang Selangor selepas atlet para negara kategori S14, Muhammad Imaan Aiman Muhammad Redzuan, yang kini bergelar pembantu jurulatih skuad para renang Selangor pada Para SUKMA Selangor 2026, membuat laporan polis berhubung satu hantaran di platform Threads.

Imaan memaklumkan perkara itu menerusi Threads selepas memuat naik sekeping gambar kira-kira 12 jam lalu dengan kapsyen ringkas tetapi mengundang persoalan:

“Demi keadilan athlete saya.”

Imaan kemudian menjelaskan bahawa laporan polis dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Menurut Imaan, tindakan tersebut dilakukan selepas mendapatkan nasihat daripada peguamnya berhubung satu posting di Threads.

“Berdasarkan nasihat daripada lawyer saya, laporan polis telah dibuat berkenaan satu posting di Threads. Tindakan seterusnya akan diusul kemudian,” katanya.

Bagaimanapun, Imaan setakat ini tidak mendedahkan secara terperinci kandungan posting yang menjadi asas kepada laporan tersebut atau pihak yang didakwa terbabit.

Perkembangan itu pastinya menarik perhatian memandangkan Imaan bukan sahaja pernah menjadi atlet para negara, malah kini memainkan peranan sebagai jurulatih skuad para renang Selangor dalam temasya Para SUKMA Selangor 2026.

Lebih menarik, skuad para renang Selangor tampil dengan prestasi cukup membanggakan pada temasya kali ini apabila berjaya membutirkan 34 pingat emas.

Pencapaian tersebut meletakkan skuad para renang sebagai antara penyumbang utama kejayaan kontinjen Selangor.

Namun, di sebalik kejayaan besar di kolam renang, timbul pula perkembangan di luar gelanggang selepas Imaan mengambil langkah membuat laporan polis.

Persoalannya, apakah kandungan sebenar posting Threads yang dimaksudkan?

Apa yang berlaku sebenarnya?

Jawapannya masih menjadi tanda tanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video

Advertisement