Chef De Mission (CDM) Deaflympics Tokyo 2025, Mohd Yusri Abdul Ghani, memohon maaf kepada rakyat Malaysia susulan kontinjen kebangsaan gagal meraih sasaran tiga pingat emas.
Begitupun, dia tetap berpuas hati dengan pencapaian semua atlet yang telah berjuang habis- habisan untuk mengharumkan nama negara.
Advertisement
Beberapa sukan lain selain badminton turut menunjukkan peningkatan ketara terutama menerusi acara boling yang berjaya meraih satu pingat emas dan satu perak dalam temasya kali ini.
"Sekarang saya memang sangat terkejut kerana dua emas daripada kem badminton kami tidak dapat, tetapi kita dapat lihat Russia, China dan Korea Selatan memberikan saingan baru.
"Berdasarkan risikan dan apa yang saya dapat tahu, kerajaan mereka memberikan peruntukan yang sangat banyak dan fokus untuk latihan berpusat ke temasya ini.
"Untuk Malaysia pula hanya fokus empat acara dalam satu tahun ini, memang tidak cukuplah. Kami banyak belajar dengan negara lain dan fokus untuk empat tahun akan datang." katanya.
