Yilamaran Vispalinggam mencipta sensasi di Gelanggang Tokyo Budokan dengan mempertahankan pingat perak dimenanginya dalam Deaflympics edisi Brazil.
Kemenangan itu diraih selepas dia cemerlang menumpaskan lawan dari Israel, Bokler Avi, 6-0 di peringkat separuh akhir perak karate kumite lelaki bawah 84 kg di Tokyo, hari ini.
Di pentas akhir, Yilamaran memberikan tentangan sengit kepada juara bertahan dari Ukraine, Makhno Oleksandr, sebelum tewas 1-4.
"Kami menunjukkan peningkatan daripada strategi.
"Ikutkan saya mampu mengalahkannya tapi pihak lawan memang laju.
"Saya pun hampir tidak nampak ruang dan peluang itu," menurutnya.