Skip to main content

Boling

Deaflympics: Presiden MSDeaf terbuka bincang masa depan jurulatih tenpin boling

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

DEAFL

Presiden Persatuan Sukan Orang Pekak Malaysia (MSDeaf), Dr. Ong Shin Ruenn, akan mengadakan pertemuan dan berbincang dari hati ke hati bersama jurulatih boling tenpin pekak kebangsaan, Joe Tay, yang berhasrat tidak menyambung kontraknya selepas kempen Deaflympics Tokyo berakhir.

Jelas Ong, perkara tersebut akan diperincikan secara jelas bagi memastikan kedua-dua belah pihak mendapat persetujuan dua hala.

Advertisement

Ia penting bagi memastikan atlet dan jurulatih mendapat keadilan sewajarnya dan dijanjikan dengan kebajikan di tahap terbaik.

"Kami akan berbincang mengenai perkara ini, kami bertolak ansur dengan situasi. Bakal ada mesyuarat mengenai rombakan dan mungkin akan ada rombakan jurulatih.

"Jika diikutkan kami mahu masuk program Majlis Sukan Negara (MSN), itu adalah hasrat besar kerana seperti sedia ada sekarang ini mereka berlatih di Terengganu dan di luar program.

"Kem karate pula di Johor, jadi sangat jauh untuk memastikan pembanggunan mereka bagaimana.

"Jadi, untuk akan datang kami mahu mencadangkan MSN mengambil semua atlet pekak ini dan diletakkan di bawah program bersesuaian untuk berada di bawah latihan berpusat." katanya kepada wartawan Astro Arena, Faizal Bazari.

 

Credit Photo: Malaysian Deaf Sports Association

Must Watch Video