Skip to main content

Olahraga

Deaflympics: Giliran kontinjen 4x100 negara pecah rekod kebangsaan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Olahraga

Atlet 4x100m (meter) pekak lelaki negara melakar sensasi di Deaflympics Tokyo 2025 apabila memecahkan rekod peribadi terbaik yang turut merupakan rekod kebangsaan dengan catatan 44.32s (saat) mengatasi rekod 44.50s yang dilakarnya dalam Asia Pacific Deaf Games 2024 di Kuala Lumpur.

"Pertama sekali saya rasa kami telah lakukan yang terbaik, sebelum ini kami catat 44.32s dan sekarang kami telah pecah rekod.

Advertisement

"Sasaran kami mungkin kami mahu turunkan radius mungkin dengan catatan 42s mahupun 43s," kata Muhammad Shahrul Azmir.

Begitupun, catatan itu gagal melayakkan mereka ke peringkat akhir selepas sekadar menamatkan saingan dalam kedudukan keenam peringkat saringan.

"Untuk acara tadi saya di giliran ketiga, Ketika mahu pecut ini merupakan kali pertama dan di lorong ketiga dan saya tidak biasakan lagi," tambah Hazrul Shah Hamri.

Terdahulu, Azlan Kuste, memecahkan rekod kebangsaan yang turut merupakan rekod peribadi terbaiknya dengan catatan baharu 1.58.75s (saat) dalam acara 800m.

Nike

Laju dengan Nike

Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!


Grab Sekarang

Must Watch Video