Tiada kata dapat diluahkan, hanya air mata yang menemani.
Pemenang pingat emas beregu wanita Deaflympics Brazil 2022, Foo Zu Tung, gagal menahan sebak selepas terlepas peluang mempertahankan kejuaraan bersama Boon Wei Ying, apabila kecundang di peringkat suku akhir kepada gandingan china, Jiang Jialei-Zhang Hengyan, dengan kekalahan straight set 13-21 8-21.
Advertisement
Menurut Boon Wei Ying, segalanya seperti tidak menjadi buat dia dan rakannya dalam edisi kali ini sambil memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas kegagalannya mara ke final.
SEBAK!😭😭😭
PEMENANG emas Deaflympics Brazil tersungkur di bumi 🇯🇵 kepada gandingan China.
Foo Zu Tung🇲🇾 gagal menahan linangan air mata selepas langkahnya bersama Wei Ying tersekat pada pusingan suku akhir.
Comeback stronger💪🏿
More on Nadi@ASTROARENA pic.twitter.com/zdspubufIt— Faizal Bazari (@faizalbazario) November 20, 2025
"Kami meminta maaf kepada rakyat Malaysia yang memberikan sokongan tanpa henti.
"Kami berhempas pulas membuat yang terbaik dalam semua perlawanan.
"Tetapi, hari ini bukan rezeki kami. Kami tidak bernasib baik," katanya.