Skip to main content

Boling

Deaflympics: Boling tenpin beregu campuran terkandas awal

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

boling tenpin

Selepas kecemerlangan meraih pingat emas buat kontinjen negara dalam Deaflympics 2025, atlet boling tenpin beregu campuran pekak kebangsaan terlepas peluang ke pusingan kedua.

Hanya dibezakan satu jatuhan pin dengan lawan Jerman, wakil negara, Ho Choon Seong- Siw Sing Hie, akur di tempat kesembilan dengan catatan 1,109 jatuhan pin.

Advertisement

Kutipan tertinggi sebanyak 214 jatuhan pin diraih dalam game keempat, namun belum cukup memadai selepas Syabil Azam gagal melakukan strike dalam frame terakhir.

"Persiapan rapi kami telah membuahkan satu emas.

 

 

 

"Tapi disebabkan tersilap langkah dan strategi yang tak kena, nasib tidak memihak kepada pasukan negara (untuk emas seterusnya).

"Kami sebenarnya mampu memenangi lebih banyak emas lagi," kata pemain beregu lelaki, Choon Seong.

 

Must Watch Video