Pelari jarak sederhana negara, Azlan Kuste, sekali lagi memecahkan rekod kebangsaan yang turut merupakan rekod peribadi terbaiknya dengan catatan baharu 1.58.75s (saat) dalam peringkat separuh akhir acara 800m lelaki di Tokyo hari ini.
Wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, berkongsikan: "Azlan Kuste mengganas lagi di bumi Jepun dalam acara 800m.
Advertisement
"Semalam 1 minit 59.40 saat , harini 1 minit 58.75 saat sekaligus menyaksikan dia merupakan antara olahragawan pekak paling menyerlah dalam temasya kali ini." kongsinya.
DEAFLYMPICS🇯🇵: 🎉Azlan Kuste mengganas lagi di bumi Jepun dalam acara 800 m.
🔥🔥Semalam 1 minit 59.40 saat , harini 1 minit 58.75 saat sekaligus menyaksikan dia merupakan antara olahragawan pekak paling menyerlah dalam temasya kali ini.@ASTROARENA pic.twitter.com/AwtTOYFnLj— Faizal Bazari (@faizalbazario) November 22, 2025
Ia menjadi satu persoalan menarik tentang apakah resipi sebenar Azlan ketika kelihatan begitu tenang melakar dua rekod kebangsaan dalam tempoh dua hari dalam temasya Deaflympics Tokyo 2025.
Begtipun, catatan itu tidak berupaya melayakkan dirinya ke pentas akhir selepas berada pada tempat ketiga saringan pertama peringkat separuh akhir hari ini.
Nantikan laporan penuh di Nadi Weekend malam ini.

Laju dengan Nike
Diskaun 30% dan ke atas untuk kasut Nike. Masa terhad, cepat dapatkan sekarang!