Dikehendaki untuk memakai pakaian neutral tanpa lambang negara, dan jika menang pingat, bendera serta lagu kebangsaan tidak dimainkan.
Status DINA membenarkan atlet-atlet dari negara yang disekat contohnya dari negara dengan sekatan antarabangsa seperti akibat konflik untuk tetap bertanding, tetapi bukan mewakili negara asal mereka.
Advertisement
Antara salah satu atlet Neutral yang menyerlah di Deaflympics 2025 ialah dalam final acara 1,500 meter lelaki, pemenang pingat gangsa ialah seorang atlet neutral, Aliaksandr Charniak.
Selain itu, turut mencuri tumpuan dalam acara lompat jauh, pingat perak dan gangsa turut dimenangi oleh atlet neutral iaitu Aliaksandr Maistrenka dan Raman Hralko.
Walaupun atlet-atlet ini tidak mewakili negara asal mereka tetapi tetap mampu bersaing di tahap tinggi, dan kejayaan mereka diiktiraf.
Status neutral juga telah beri peluang kepada atlet dari negara yang terlibat untuk tetap bersaing sambil memelihara keadilan terhadap atlet yang bersih dan berprestasi.
Neutral athletes menduduki tempat kedua dalam kiraan pingat keseluruhan dengan 52 pingat. Walaupun pingat mereka tidak dikira dalam kedudukan rasmi negara tetapi pencapaian mereka tetap menonjol.