Skip to main content

Bola Sepak

'Dari bakat muda ke bintang hari ini', Chew Chun Yong puji sikap rendah diri Arif Aiman

'Dari bakat muda ke bintang hari ini', Chew Chun Yong puji sikap rendah diri Arif Aiman

Sikap rendah diri, karakter yang kuat serta disiplin tinggi menjadi antara faktor utama yang membentuk kecemerlangan bintang Harimau Selatan, Arif Aiman Md Hanapi, menurut bekas jurulatih skuad futsal kebangsaan, Chew Chun Yong.

Chun Yong yang mengenali Arif Aiman sejak 2018 menyifatkan perkembangan pemain berusia muda itu sebagai satu perjalanan luar biasa, daripada seorang bakat mentah kepada antara pemain paling menyerlah dalam bola sepak Malaysia.

Menurutnya, apa yang paling membanggakan bukan sekadar peningkatan prestasi Arif Aiman di atas padang, tetapi keperibadiannya yang kekal merendah diri meskipun sudah mencapai tahap tertinggi.

“Saya mengenali budak ini sejak 2018 dan perkara yang membuatkan saya bangga ialah selepas bertahun-tahun, dia masih mempunyai sikap yang sama -- rendah diri, berdedikasi dan seorang pemain yang luar biasa,” katanya.

Chun Yong turut percaya pengalaman Arif Aiman berkembang dalam salah satu kelab terbaik Asia banyak membentuk dirinya sebagai pemain profesional.

Persekitaran kompetitif yang dilalui bersama JDT bukan sahaja membantu meningkatkan tahap permainannya, malah membentuk Arif Aiman sebagai contoh kepada generasi muda yang sedang mengejar impian dalam bola sepak.

“Berkembang bersama salah satu kelab terbaik di Asia bukan sahaja membawa permainan anda ke tahap tertinggi, tetapi turut membentuk anda menjadi contoh kepada generasi muda,” katanya.

Perjalanan Arif Aiman sejak beberapa tahun lalu sememangnya menarik perhatian.

Daripada seorang pemain muda yang penuh potensi, dia berkembang menjadi antara watak penting dalam skuad JDT serta sering menjadi pemain yang mampu mencetuskan perbezaan dalam perlawanan.

Namun, bagi Chun Yong, perjalanan tersebut masih belum sampai ke kemuncaknya.

Dia percaya Arif Aiman masih mempunyai ruang yang luas untuk terus berkembang sekiranya mengekalkan sikap dan disiplin yang sama.

“Daripada bakat muda kepada pemain yang anda lihat hari ini – sungguh luar biasa perjalanan itu.”

Chun Yong turut menitipkan pesanan supaya Arif Aiman terus bekerja keras, percaya kepada kemampuan sendiri dan menjadi inspirasi kepada pemain muda lain.

“Terus berusaha, terus percaya dan terus memberi inspirasi.

“Yang terbaik masih belum tiba. Sentiasa bawa sikap rendah diri, disiplin dan keinginan untuk terus memperbaiki diri bersama anda,” katanya.

Bagi Arif Aiman, pujian tersebut hadir sebagai satu bentuk pengiktirafan terhadap perjalanan panjangnya dalam bola sepak.

Namun, mesej Chun Yong jelas -- kejayaan yang sudah dicapai bukan penamat, sebaliknya permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.

Bakat mungkin membuka pintu, tetapi disiplin, karakter dan sikap rendah diri yang menentukan sejauh mana seseorang pemain mampu pergi.

 

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Must Watch Video