Tumpuan terarah kepada atlet Majlis Sukan Sekolah Selangor (MSS Selangor), Chin Ke Wei, yang pada awalnya tidak mempunyai pengetahuan mengenai sukan gimnastik berirama.
Ke Wei sebelum ini menceburi Dancesport dalam acara Latin, namun selepas melihat potensi yang dimilikinya dalam gimnastik berirama, dia bersama ibu bapanya mengambil keputusan untuk mengubah haluan.
Keputusan itu ternyata membuka lembaran baharu buat atlet muda berkenaan apabila mula serius membina karier dalam sukan gimrama.
Sementara itu, atlet MSS Kelantan, Nurhany Ouzma Mohd Najimi, mengakui bukan mudah untuk bergelar seorang atlet gimnastik berirama.
Namun, cabaran itu tidak mematahkan semangatnya untuk terus berusaha, malah mahu membuktikan bahawa atlet dari Kelantan juga mampu menyerlah dalam sukan berkenaan.
Nurhany percaya kerja keras, disiplin dan keberanian untuk bersaing menjadi kunci utama bagi membolehkannya mencapai prestasi terbaik.