Perenang Ecuador, Elvira Espinosa, mencipta sejarah apabila merangkul pingat emas acara 400 meter gaya bebas wanita pada Sukan Olimpik Remaja Dakar 2026.
Kejayaan itu bukan sahaja menghadiahkan pingat emas pertama temasya berkenaan, malah mengukir beberapa pencapaian bersejarah buat Ecuador di pentas sukan antarabangsa.
Espinosa menjadi atlet wanita pertama Ecuador memenangi pingat emas dalam sejarah Sukan Olimpik Remaja.
Lebih manis, kejayaannya turut mencatat sejarah sebagai pingat pertama yang dimenangi perenang Ecuador dalam mana-mana acara Olimpik, merangkumi pingat emas, perak atau gangsa.
Pencapaian luar biasa itu menjadikan nama Espinosa sebahagian daripada detik bersejarah buat sukan Ecuador, sekali gus membuka lembaran baharu dalam arena renang negara Amerika Selatan berkenaan.
Elvira Espinosa secures a HISTORIC GOLD in the women's 400m freestyle! 🏊🇪🇨🥇 ✅ First gold medal of the #Dakar2026 Youth Olympic Games. ✅ First-ever Youth Olympic Games gold medal won by an Ecuadorian female athlete. ✅ First-ever medal (gold, silver, or bronze) won by a swimmer from Ecuador at an Olympic event. #YouthOlympics #Swimming #Olympics
— The Olympic Games™ (@Olympics) November 1, 2026