Skip to main content

Bola Sepak

Dah belasah Manchester United, Fabregas tetap rasa ralat

ll
Advertisement

Pengurus Como, Cesc Fabregas, mendedahkan penyesalannya mengarahkan pemain-pemainnya supaya menurunkan tempo permainan sebaik mendahului Manchester United 4-0, sebelum mereka dibolosi oleh jaringan sagu hati pelawat dalam pertemuan Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.

"Saya kesal dengan 10 minit terakhir kerana sayalah yang mengarahkan pasukan untuk memperlahankan rentak permainan.

Advertisement

"Memandangkan ada perlawanan lagi pertemuan kami yang menanti selepas ini dan kedudukan sudah 4-0 jadi kami boleh mengawal keadaan dengan lebih santai.

"Saya meminta pemain agar berhenti berlari dan kekal di bahagian tengah. Ia sesuatu yang kini saya sesali kerana sayalah orang pertama yang sentiasa menggesa mereka untuk berjuang hingga ke saat terakhir. Gol pihak lawan itu mengecewakan saya kerana kami mengurangkan intensiti permainan dan melonggarkan benteng pertahanan; namun, itu adalah kesilapan saya sendiri," katanya selepas perlawanan.

Advertisement

Como meraikan keputusan paling gemilang dalam sejarah kelab, hanya tujuh tahun selepas mereka beraksi dalam divisyen keempat bola sepak Itali.

"Tidak dapat dinafikan bahawa kemenangan ini (menewaskan United) mencetuskan rasa bangga.

"Kami sedar akan sejarah kelab ini dan segala kesukaran yang telah ditempuhi selama bertahun-tahun. Sudah tentu, saya berharap agar esok, semua kanak-kanak akan pergi ke sekolah dengan memakai jersi Como dan berasa bangga.

"Saya sering berpesan kepada anak-anak buah saya: nikmatilah permainan, berjuanglah dan lakukan yang terbaik demi membina kerjaya masing-masing kerana masa berlalu dengan begitu pantas.

"Malam ini, mereka membuatkan saya benar-benar menikmati perlawanan. Bukan sekadar disebabkan keputusannya tetapi kerana mereka bermain dengan cara yang saya mahukan: penuh keyakinan, berkualiti, berfikiran tenang, agresif, serta melakukan tekanan yang cukup garang," katanya lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Related Topics

Must Watch Video