Skip to main content

Bola Sepak

Curacao sertai senarai underdogs yang menyinar dalam Piala Dunia 2026

Curacao

Setiap kali kejohanan Piala Dunia berlangsung, bukan nama-nama gergasi bola sepak seperti Brazil, Perancis, Jerman atau Sepanyol sahaja yang menjadi tumpuan. Kemampuan negara-negara yang melakukan debut terbabit dalam perang atau perebutan mineral, bersaiz kecil atau status negara miskin juga menarik untuk disaksikan. Contohnya Congo, Cape Verde dan Curacao.

Selain bermula dengan huruf C, ketiga-tiga negara ini sama-sama menjadi bualan ramai sebaik membuka saingan Piala Dunia 2026.

Congo mengikat juara Liga Negara Negara UEFA, Portugal, 1-1 ketika ramai pihak menjangkakan pasukan yang diketuai Cristiano Ronaldo itu tidak berhadapan sebarang kesukaran di peringkat kumpulan.

Cape Verde pula melakukan kejutan apabila mengikat Juara Piala Dunia 2010, Sepanyol, dengan keputusan seri tanpa jaringan hasil persembahan memukau penjaga gol, Vozinha.

Curacao nampaknya menggunakan formula sama untuk bangkit dari dibelasah gergasi Eropah, Jerman, 7-0 apabila penjaga gol, Eloy Room, menyelamatkan 15 percubaan Ecuador untuk mengikat perlawanan seri tanpa jaringan, sekali gus meraih mata pertama mereka di saingan Piala Dunia.

Biarpun kecil, ternyata semangat juang mereka cukup besar dan tidak pernah padam. Inilah penambah rasa kejohanan berprestij Piala Dunia yang penuh dengan kejutan.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video