Pelari denai terbaik negara 2025, Sua Yih Huan, berpeluang cerah untuk menjuarai Cameron Ultra (Cultra) 2026 dengan ketiadaan juara bertahan, Kristjan Chapman, dalam kategori 100km terbuka.
Namun, Yih Huan yang mengakhiri saingan di tempat kedua keseluruhan pada 2025 tidak mahu terlalu yakin, malah hanya ingin menikmati perlumbaan dan menghabiskannya dengan catatan masa yang membanggakan.
"Saya hanya fokus untuk berikan larian terbaik untuk diri sendiri.
"Saya ingin mendapatkan rentak dulu," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.
Prestij Cultra juga menarik minat beberapa pelari denai elit dunia untuk berlumba buat pertama kali dan bakal memberi cabaran hebat buat Yih Huan.
Salah seorangnya Yutaro Yokouchi yang merupakan naib juara UTMB World Series New Zealand 2026 serta Arief Wismoyono yang baru menjuarai saingan Kerinci 100 tahun ini.
"Ini kali pertama kali saya menyertai perlumbaan di Malaysia dan saya sangat gembira.
"Saya sangat terpersona dengan keindahan gunung di sini selain keramahan penduduknya.
"Saya mempunytai ramai sahabat di Malaysia dan ia satu pengalaman yang menarik," kata Yokouchi.
Tambah Arief: "Saya sudah berlari di seluruh pelusuk dunia dan saya mendapati pengurusan perlumbaan di Malaysia sangat rapi."