Kemenangan Manchester United turut diraikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam satu majlis yang berlangsung di Putrajaya.
"Alhamdulillah, kita dapat menyempurnakan majlis ini dan saya tambah sukacita kerana semalam Arsenal menang dua tetapi Manchester United menang tiga," katanya ketika berucap bagi merasmikan Majlis Peluncuran Sambutan 120 Tahun Jabatan Audit Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Advertisement
"Cucu saya marah betul. Saya ikuti juga perkembangan ini," katanya disambut tawa hadirin.
"Saya ucap terima kasih dan terima kasih juga berita baik kemenangan Manchester United pagi tadi.
"Saya sebenarnya ini soal 'personal' (peribadi) sikit. Saya memang ada ketegangan sikit dengan cucu-cucu. Cucu saya sokong Arsenal."
Berita baik: Manchester United menewaskan Arsenal 3-2. @anwaribrahim#manchesterunited #arsenal #anwaribrahim pic.twitter.com/ubsjyXmdFh
— Jason Yew (@jasonyew) January 26, 2026
Manchester United memberi tamparan hebat kepada misi kejuaraan EPL Arsenal selepas Matheus Cunha meledak gol kemenangan untuk memastikan kemenangan mendebarkan 3-2 ke atas pendahulu liga itu, awal pagi tadi.