Skip to main content

Bola Sepak

Cuba pengalaman berbeza bukan setakat hantar bola dan lihat sahaja -- Destiny FDC tawar pendedahan berkualiti

Destiny

Pengalaman 'berguru' di Jerman disifatkan sebagai satu pendedahan yang amat berharga buat pemain Pusat Pembangunan Bolasepak Destiny apabila mereka berpeluang menguji kekuatan pemain Eropah dalam pelbagai aspek.

Menurut pemain yang terlibat, perbezaan ketara dapat dilihat daripada segi momentum permainan, fizikal, disiplin, taktikal serta mentaliti yang jauh lebih tinggi berbanding kebiasaan di tanah air.

Advertisement

Menerusi penyertaan kejohanan antarabangsa, pemain muda berpeluang merasai standard bola sepak eropah yang lebih kompetitif dan profesional.

"Kami menentang beberapa kelab Bundesliga.

"Ia adalah perlawanan yang sukar. Gaya permainan mereka sangat berbeza dengan Malaysia," kata pemain, Michael Ryan Stephens.

"Apa yang saya pelajari adalah bola sepak berbeza di setiap negara.

"Kami harus meletakkan semua usaha untuk menjadi profesional," kata pemain, Ashraf Azim.

"Kami ke Eropah bukan untuk menewaskan pasukan besar. Tahap mereka sangat berbeza.

"Tetapi paling penting, adalah untuk mengutip pengalaman sejak akar umbi.

"Pendedahan untuk mereka melihat tahap intensiti yang tinggi.

"Mereka perlu bermain dan bertemu gergasi besar.

"Bukan setakat hantar bola dan melihat sahaja.

"Ini aspek apabila anda berkelana di sana," kata Pengasas, Aylwin Henry Skelchy.

Destiny FDC sekali lagi ke Jerman bagi menyertai Piala Rosentritt bawah 11 tahun (B-11) yang turut disertai kelab elit seperti RB Leipzig, Bayer Leverkusen, Panathinaikos dan Lille hujung bulan ini.

Langkah konsisten ini mengukuhkan usaha Destiny FDC dalam membentuk pemain muda berkualiti dan berdaya saing di pentas antarabangsa.

Must Watch Video