Pengurus pasukan Honda RS Megatech Racing Team, Zaqhwan Zaidi, memperkenalkan pendekatan teknologi terbaharu menggunakan 'disc brake' pada brek bahagian belakang jentera.
Ia, menggantikan sistem 'drum' kerana didapati dapat memberi cengkaman yang lebih dan jentera akan terus berada dalam keadaan lebih stabil.
"Ia lebih sebenarnya menggunakan disc brake kerana memudahkan satu kerja dan mekanik penunggang senang mendapatkan maklum balas.
"Banyak kebaikan menggunakan pendakatan ini," katanya.
Zaqhwan juga sedang merancang untuk menambah kekuatan dalam kategori CP125 tahun hadapan dengan memasukkan seorang pelumba untuk berjuang bersama-sama Iqram Danish dalam kategori sama.
Pelumba sedia ada, Airel Marzuki, Haziq Naufal, Muhd Akid Mohd Shah, pula dijangka kekal dalam kategori Wira KBS.
"Semoga kami lebih fokus mendakap kejuaraan," tambahnya.