Skip to main content

Permotoran

Cub Prix Malaysia: Muzakkir hargai keringat warga VOGE Racing Team dengan podium

ll
Advertisement

Di sebalik pencapaian pelumba VOGE Racing Team, Md Muzakkir Mohamed, dalam pusingan ketujuh Kejuaraan Petronas MAM Malaysian Cub Prix semalam, ia menjadi kisah kebangkitan yang luar biasa.

Muzzakir yang melintas garisan penamat di Litar Sepang Selatan itu di tempat ketiga berjaya menamatkan penantian podium selama lima tahun dalam kejuaraan tersebut.

Advertisement

Dia mengakui bersyukur mampu membalas kepercayaan daripada pengurusan pasukan -- yang di bawah kendalian bekas pelumba Moto2 dan legenda permotoran negara, Azlan Shah Kamaruzaman itu -- meskipun mengharungi musim yang mencabar.

"Waktu saya setuju menyertai projek ini, ramai yang beranggapan karier saya sudah berakhir kerana adalah mustahil untuk kami bersaing dengan motosikal yang tiada data selain asal usulnya.

Advertisement

"Tapi saya buktikan kerja keras sepasukan mampu menghasilkan impak.

 

 

 

"Pasukan saya bekerja keras siang malam dalam dua musim ini, kalau saya tak dapatkan tunjukkan hasilnya rasa macam mengkhianati mereka.

"Kali terakhir saya menang di sini pada 2021 dan sejak itu arwah ayah saya sentiasa tonton ulangan rakaman perlumbaan itu setiap hari.

"Saya memang nak hadiahkan satu lagi podium kepadanya dan selepas lima tahun barulah saya dapat melakukannya," katanya. 
 

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Related Topics

Must Watch Video