Skip to main content

Permotoran

Cub Prix: Beraksi di kampung halaman isteri bakar semangat Azroy Hakeem, waspada ancaman pelumba baru

ds

Pelumba wilcard negara, Azroy Hakeem Anuar, tampil dengan misi jelas untuk memberi saingan sengit di Kejohanan Curb Prix Litar Terengganu, sekali gus menghidupkan peluang memburu gelaran juara keseluruhan musim ini.

Konsistensi yang dipamerkan sepanjang musim menjadi sandaran utama pelumba itu untuk mencabar barisan pencabar lain di bumi Darul Iman, dengan setiap mata yang diraih cukup penting dalam perebutan kedudukan keseluruhan.

Bagi Azroy, perlumbaan di Terengganu turut membawa makna istimewa apabila bukan sahaja mempertaruhkan maruah pasukan, malah membawa harapan keluarga di kampung halaman isterinya.

Namun, cabaran sengit daripada pelumba seangkatan serta faktor cuaca pesisir pantai yang tidak menentu menuntut Azroy kekal tenang dalam menentukan strategi terbaik sepanjang perlumbaan.

 

 

 

Dengan momentum yang dimiliki, Azroy menyasarkan penamat podium di Terengganu sebagai langkah penting untuk terus menekan pencabar dalam perebutan gelaran keseluruhan musim ini.

"Semestinya sasaran saya mahu menang, lebih-lebih lagi di kampung halaman isteri saya. Musim lalu saya terlepas beraksi di sini.

"Jika tidak menang, sekurang-kurangnya raih podium. Litar ini salah satu litar yang agak sukar.

"Kasma, Afif dan Helmi antara pelumba yang akan berikan saingan, pelumba baru juga seperti Irfan Haykhal dan Farish Hafiy." katanya.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video

Advertisement