Skip to main content

Permotoran

Cub Prix 2026: Irfan Haykhal akhiri penantian, perebutan takhta CP150 semakin sengit

Cub Prix 2026: Irfan Haykhal akhiri penantian, perebutan takhta CP150 semakin sengit

Pusingan keempat Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix 2026 menjadi pentas penuh bermakna buat pelumba muda apabila menyaksikan Irfan Haykhal Amidi menamatkan penantian untuk kemenangan sulung dalam saingan CP150, sekali gus membuka persaingan lebih sengit bagi kejuaraan keseluruhan musim ini.

Sensasi pelumba TABSports SCK Honda Racing itu menampilkan aksi luar biasa apabila berjaya mengatasi dua pelumba pilihan utama, Azroy Hakeem Anuar dan Kasma Daniel Kasmayudin.

Bagaimanapun, perjalanan Irfan menuju kemenangan bukan mudah apabila jenteranya terangkat sebaik perlumbaan bermula dari petak kedua, menyebabkan dia tercicir daripada kelompok hadapan yang diterajui Kasma Daniel dan Nazirul Izzat Bahauddin.

Irfan mengambil kira-kira 10 pusingan untuk merapatkan jurang dengan pendahulu sebelum mula mengorak langkah pada separuh akhir perlumbaan.

Detik penting hadir ketika perlumbaan berbaki lima pusingan apabila Irfan berjaya memintas Kasma Daniel untuk merampas kedudukan kedua.

Momentum itu diteruskan sehingga dia mencatat masa terpantas perlumbaan pada pusingan ke-18 sebelum memintas Azroy untuk mengambil alih pendahuluan.

Irfan akhirnya melintasi garisan penamat sebagai juara dengan catatan 17 minit 52.569 saat.

Azroy terpaksa berpuas hati di tempat kedua, manakala Kasma Daniel melengkapkan podium.

"Lama saya menunggu kejayaan ini. Saya tidak dapat berlumba di litar ini dan kali ini saya berlumba dan berjaya muncul juara," kata Irfan.

"Kejayaan ini adalah untuk ayah saya kerana dia mahu menyaksikan saya bergelar juara di sini."

Dalam saingan CP125 pula, pertarungan tiga penjuru antara Syamil Amsyar Iffende, Idlan Haqimi Raduan dan Muhammad Farid Hakimi Farid Sezli menjadi tumpuan.

Ketika kedudukan silih berganti, nasib malang menimpa Idlan apabila jenteranya mengalami kerosakan teknikal ketika perlumbaan berbaki lima pusingan dan ketika dia sedang mendahului.

Situasi itu membuka ruang buat Farid memanfaatkan peluang untuk mencatat kemenangan bergaya bersama PETRONAS Sprinta Yamaha 31 Racing.

Farid terpaksa bekerja keras sehingga selekoh terakhir sebelum mengesahkan kemenangan.

Rakan sepasukannya, Syamil Amsyar, menamatkan saingan di tempat kedua, manakala Khairi Asyraf Mahmood melengkapkan podium.

"Selepas pusingan ketiga, saya tekad untuk kekal konsisten kerana sasaran saya adalah bergelar juara keseluruhan. Saingan CP150 agak sengit, saya percaya juara mungkin bakal ditentukan di pusingan terakhir nanti," katanya.

Sementara itu, saingan Wira KBS turut berlangsung sengit apabila kemalangan dramatik pada pusingan terakhir mengubah kedudukan perlumbaan.

Peluang itu dimanfaatkan Nuzzul Ady Muhammad Sudin daripada PETRONAS Sprinta Yamaha 31 Racing untuk muncul juara dan mencatat kemenangan pertamanya musim ini.

Nuzzul Ady merekodkan masa 11 minit 12.381 saat untuk menamatkan perlumbaan di tempat pertama.

Raja Abdurraqib Raja Norfatihah melengkapkan kejayaan satu-dua buat pasukan itu, manakala Al Syafiq Al Amirul Zaki menduduki tempat ketiga.

Anda mungkin berminat dengan

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Must Watch Video