Skip to main content

Berbasikal

Cuaca Panas Ekstrem Paksa Tour de France Ubah Laluan Buat Pertama Kali

tour de france

Buat julung kalinya dalam sejarah Tour de France, penganjur ASO terpaksa memendekkan laluan peringkat atau etapa Ahad sebanyak 30km akibat gelombang panas yang melampau. 

Para pelumba tidak perlu melalui litar berbukit di permulaan etapa, susulan amaran merah cuaca panas yang dikeluarkan di wilayah Correze, salah satu daripada 37 daerah di Perancis yang diletakkan pada tahap amaran cuaca paling tinggi.

Menurut pengarah perlumbaan, Christian Prudhomme, keputusan ini diambil atas dasar tanggungjawab dan hasil kerjasama erat dengan pihak berkuasa tempatan. 

Pelumba Belgium, Tim Merlier, yang menjuarai etapa lapan, turut bersetuju dengan langkah tersebut, beliau mendedahkan betapa sukarnya mendapatkan bekalan air dan ais sepanjang perlumbaan yang telah melebihi suhu 35 darjah Celsius sejak minggu pertama bermula.

Bukan sedikit atlet, termasuk pelumba veteran Luke Durbridge, yang menggesa penganjur mempertimbangkan semula waktu permulaan perlumbaan bagi mengelak tempoh terpanas dalam sehari. 

Persatuan Pelumba Profesional (CPA) turut menyokong seruan ini, menekankan keperluan mendesak untuk membincangkan perubahan waktu perlumbaan musim panas demi menjaga kesihatan para atlet sebelum edisi akan datang.

Ketika ini, Perancis sedang mengalami gelombang panas ketiga sejak penghujung Mei, dengan hampir keseluruhan negara berada dalam status amaran tinggi. 

Juara semasa, Tadej Pogacar, turut menceritakan bagaimana pasukannya berusaha bertahan dari satu peringkat ke peringkat lain, dengan fokus utama memastikan suhu badan sentiasa terkawal di tengah cabaran cuaca yang kian mencabar.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Must Watch Video