Cristiano Ronaldo semakin hampir menjadi pemain pertama dalam dunia dengan rekod 1000 jaringan dalam karier bola sepak profesional.
Perkara itu susulan dia mencipta jaringan ke-962 - hanya 38 gol lagi untuk mencapai sasaran peribadi 1000 jaringan-dalam kepulangannya bersama Al-Nassr sejak usianya melonjak 41 tahun.
Advertisement
🔵🟡🔙 Cristiano Ronaldo scores his career goal number 962 as soon as he returns in Al Nassr squad.
The first one since turning 41. 🎂@Rtiban1 🎥 pic.twitter.com/PoJuyGeiAJ— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 14, 2026
Dalam aksi Liga Pro Saudi itu menyaksikan Ronaldo menampan bola hantaran Sadio Mane pada minit ke-18 sekali gus memacu kemenangan Al-Nassr menewaskan Al-Fateh 2-0 di Stadium Hofuf, semalam.
Terdahulu, penyerang kebangsaan Portigal itu memboikot tiga perlawanan berturut-turut selepas berang dengan tindakan pengurusan kelab dalam jendela perpindahan.