Skip to main content

Bola Sepak

Cristiano Ronaldo semakin hampir 1,000 gol, tinggal 20 jaringan lagi!

Cristiano Ronaldo terus menghampiri satu lagi pencapaian luar biasa dalam kariernya apabila hanya memerlukan 20 gol lagi untuk mencapai angka 1,000 gol.

Cristiano Ronaldo terus menghampiri satu lagi pencapaian luar biasa dalam kariernya apabila hanya memerlukan 20 gol lagi untuk mencapai angka 1,000 gol.

Penyerang Al-Nassr berusia 41 tahun itu kini sudah mengumpul 980 gol selepas meledak jaringan ke-979 ketika membantu kelabnya menewaskan Abha Club 2-1 pada pertengahan minggu.

Ronaldo turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan selepas membantu Al-Nassr meraih kemenangan tersebut.

Kini, perhatian terarah kepada pertemuan menentang Al-Khaleej.

Jika Ronaldo sekali lagi menemui sasaran, dia akan mengurangkan jurang kepada hanya 20 gol daripada angka keramat 1,000 jaringan sepanjang karier.

Menginjak usia 41 tahun, angka tersebut bukan sekadar menggambarkan ketajaman seorang penyerang, tetapi juga tahap konsistensi luar biasa yang berjaya dikekalkan Ronaldo selama lebih dua dekad.

Semangatnya terhadap bola sepak turut jelas menerusi ucapan yang disampaikan kepada rakan sepasukan sebelum perlawanan.

Ronaldo menggesa Al Nassr memulakan perlawanan dengan intensiti tinggi dalam tempoh 20 minit pertama.

Menurutnya, pasukan perlu memberikan mesej awal kepada lawan bahawa mereka berdepan cabaran sukar untuk meraih kemenangan.

“20 minit pertama sangat penting. Mari mulakan dengan sangat kuat,” katanya dalam amanat kepada pasukan.

Dengan hanya 20 gol memisahkan Ronaldo daripada 1,000 gol, setiap perlawanan kini menjadi sebahagian daripada perjalanan menuju salah satu pencapaian paling ikonik dalam sejarah bola sepak.

Anda mungkin berminat dengan

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

PUMA X SQUID GAME AOP Relaxed Football Jersey (New Navy) 63070716

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Luzz pickleball Paddle Pro 4 Tornazo Carbon Fiber Pickleball Paddle - Dual-Layer Core

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Academy Team (30L) Football Backpack - Black [DV0761-011]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

Nike Men's Vomero 18 Road Running Shoes - White [HM6803-109]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

PUMA ULTRA 5 PLAY FG/AG Adult Spikes Apple Green Grass Football 10768903 [Le Mai.com]

Must Watch Video

Advertisement