Skip to main content

Bola Sepak

Copa deL Rey: Sepanyol tempah slot ke separuh akhir selepas benam Albacete 2-1

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

Barcelona

Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona, mengesahkan tiket ke separuh akhir Copa Del Rey selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Albacete awal pagi tadi.

Bermain di stadium keramat lawan, Barcelona tidak goyang untuk memulakan aksi lebih garang dengan melancarkan beberapa siri serangan.

Advertisement

Juara bertahan itu membuka tirai jaringan pada minit ke-38 selepas kesilapan pertahanan lawan terus dihukum ayam tambatannya, Lamine Yamal, untuk menerjah jaring tuan rumah.

Selepas itu, babak kedua perlawanan juara sebanyak 32 kali itu menunggu lama untuk menambah jaringan sebelum tandukkan Ronald Araujo menerjah jaring untuk tuan rumah bolos buat kali kedua.

Albacete memperkemaskan corak permainan untuk merapatkan kedudukan dan usaha mereka membuahkan hasil pada minit ke-87 menerusi Javi Moreno.

Namun, gol itu sudah terlambat untuk mengikat kedudukan.

Must Watch Video