Skip to main content

Bola Sepak

Conte percaya Carrick mampu kembalikan The Red Devils ke pentas UCL

man utd oftf

Join now via My Astro App to win Man Utd jersey & merchandise!

UCL

Antonio Conte meluangkan masa untuk memuji Michael Carrick sebagai pengurus sementara Manchester United menjelang perlawanan Liga Juara-Juara (UCL) di antara Napoli dan Chelsea, awal pagi esok.

Carrick memulakan kariernya di Old Trafford sebagai pengendali dengan dua kemenangan ke atas pencabar utama, Manchester  City dan Arsenal, sementara United mempunyai seminggu penuh untuk membuat persediaan menghadapi Fulham dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).  

Advertisement

Dalam masa sama, bekas penyerang United, Michael Owen, telah memberi amaran kepada Carrick tentang cabaran yang akan datang kerana United sentiasa bergelut untuk menumbangkan pasukan yang lebih kerdil musim ini.

Ia adalah masalah yang harus diatasinya jika The Red Devils ingin menjamin tiket Liga Juara-Juara (UCL) musim hadapan, lantas Conte berpendapat bekas pemain tengah England itu mempunyai keupayaan tersebut.

“Carrick adalah individu yang istimewa,” katanya kepada pemberita.

 


"Saya doakan yang terbaik untuknya.

"Dua kemenangannya adalah istimewa, lebih-lebih saya sendiri turut menontonnya.

"Saya harap dia dapat meneruskan dengan baik."

Topik Berkaitan

Must Watch Video