Skip to main content

Tenis

Coco Gauff tempah slot final pertama di Miami

Tenis

Menanti Sabalenka di pentas final Terbuka Miami ialah pemain Amerika Syarikat, Coco Gauff yang turun selaku pilihan ketiga kejohanan.

Menentang Karolina Muchova dari Republik Czech, Gauff tidak berdepan masalah untuk pamer dominasi dalam pertarungan yang disifatkan sebagai kurang mencabar.

Advertisement

Hasilnya, Gauff mara ke pentas final dengan kemenangan mudah 6-1, 6-1 sekaligus di landasan tepat untuk menambah gelaran WTA ke-12 dalam karier.

Untuk rekod, kali terakhir Gauff menggondol gelaran juara adalah ketika di Terbuka Wuhan tahun lalu di mana pemain kelahiran Florida ini menewaskan Jessica Pegula di pentas final menerusi kemenangan 6-4, 7-5 pada oktober 2025.

Must Watch Video