Skip to main content

Bola Sepak

Cklamovski percaya sinar akan datang

Peter

Ketua jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, mempercayai kegagalan ke Piala Asia 2027 bukan penamat, malah memberi jaminan bahawa skuad bola sepak negara akan bangkit suatu hari nanti. 

Dengan nasib malang menimpa ekoran pemalsuan dokumen melibatkan tujuh pemain, pasukan kebangsaan ditolak enam mata dalam kempen kelayakan, sekali gus tidak berjaya mara ke Arab Saudi tahun hadapan.

Advertisement

"Jika bermain atas padang, kami sememangnya lebih berhak layak.

"Bagaimanapun, situasi luar padang mengecewakan kami.

"Saya berbangga dengan cara pemain tetap berusaha mempamerkan yang terbaik.

"Mereka bermain untuk negara, keluarga dan untuk generasi akan datang.

"Pemain-pemain sangat memberi inspirasi dan bekerja keras hingga wisel penamat," katanya.

Dengan kekalahan itu dan pelbagai siri hukuman hukuman sebelum ini, dijangka ranking Malaysia terus menjunam memberi kesan buat arena bola sepak negara.

 

Must Watch Video