Pemain sayap Bournemouth, Antoine Semenyo, telah menetapkan pilihan destinasi yang seterusnya menjelang jendela perpindahan bulan hadapan.
Kedua-dua Manchester City dan Manchester United antara kelab Liga Perdana Inggeris yang telah mula mengintai peluang mendapatkan pemain kebangsaan Ghana itu sejak beberapa minggu yang lalu. Liverpool, Chelsea dan Tottenham turut dikaitkan dengan pemain itu, namun dua kelab utama Manchester mendahului perebutan.
Advertisement
Laporan terbaru menerusi The Athletic, Semenyo memilih mahu menyertai City jika meninggalkan Stadium Vitality bulan depan.
Jika dia bakal berpindah, klausa yang bernilai GBP65 juta perlu diaktifkan sebelum 10 Januari ini.
Jika pemain itu terus kekal di Stadium Vitality, nilai klausa perpindahan itu akan turun mendadak menjelang musim panas nanti.
Difahamkan keinginan Semenyo untuk memenangi trofi adalah salah satu pendorong di sebalik keputusannya untuk memilih City. Pasukan Pep Guardiola telah memenangi enam gelaran Liga Perdana Inggeris sejak 2018, dengan Liverpool hanya merampas gelaran itu dua kali.
Di Eropah, mereka juga kekal kompetitif, meraih kemenangan Liga Juara-Juara ke atas Inter Milan pada tahun 2023. Pada tahun itu, mereka memperoleh treble bersejarah dengan turut memenangi liga dan Piala FA.
